Wanita Tanpa Lengan,Berjaya Menjadi Model


Rebekah Marine, wanita cantik memiliki tubuh tidak sempurna,tanpa lengan mampu terjun ke dunia model. Wanita berasal dar New Jersey ini telah berjaya mencuri perhatian ketika beliau sedang berjalan di salah satu panggung New York Fashion Week (NYFW) 2015.

Menurut laporan berita yang dipetik dari dailymail.co.uk, Rebekah adalah seorang wanita yang lahir tanpa pergelangan tangan kanan. Rebekah waktu kecilnya memiliki impian untuk menjadi model. Si Ibu pun dengan setia mendampingi Rebekah untuk mendatangi agensi model ketika dia dewasa. Sayangnya, permintaan Rebekah sering ditolak oleh beberapa agensi model sekaligus membuatkan Rebekah hampir putus harapan.


Rebekah pernah mencuba untuk memakai lengan prostetik ketika zaman persekolahnnya, namun Rebekah berasa kurang selesa dan agak sulit untuk memakainya. Akhirnya pada usia 22 tahun, Rebekah membuat keputusan untuk kembali mencuba memakai lengan prostetik. Dengan kecanggihan teknologi gesture control yang dikendalikan oleh otot lengannya sendiri, kali ini Rebekah merasa selesa memakai lengan palsu.

Melihat lengan prostetik Rebekah, sahabat-sahabatnya mengajak wanita 28 tahun ini untuk kembali cuba menceburi bidang modelling kerana penampilannya yang unik. Tak disangka, beberapa bulan kemudian Rebekah dipilih menjadi salah seorang model pada pertunjukan pakaian pernikahan. Rebekah mula berjalan ketika dia menjadi model pada katalog Nordstrom dan berjalan dalam rancangan Antonius Urzi pada NYFW 2015.

Setelah kejayaannya itu, ternyata Rebekah tetap ditolak baik dari agensi model maupun designer. Rebekah tetap tidak berputus asa. “Imej yang saya berikan belum tentu sesuai untuk semua jenama, dan saya memahami hakikat tersebut,” ujar Rebekah.

Berkat kesabaran Rebekah, industri model dengan perlahan-lahan menerima perubahan didalam dunia modelling. Perkara ini juga diturut serta oleh Jamie Brewer, seorang down syndrome pertama yang berjalan di panggung NYFW. Selain aktif modelling, Rebekah melanjutkan peranannya sebagai motivator kepada orang-orang dengan memerlukan khusus, dan fokus dalam mencapai impian utama. “Suatu hari nanti, saya ingin mewarnai cover Vogue. Saya tidak akan berhenti sehinggalah saya mendapatkannya.” kata Rebekah lagi.

Anda juga boleh melihat gambar-gambar menarik Rebekah didalam instagramnya https://www.instagram.com/rebekahmarine/

Sumber:Dailymail


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment