Unik ! Terapi Sangkar Burung Hentikan Ketagihan Merokok


TURKI-Mungkin sahaja Idea ini kedengaran aneh atau kelihatan menyiksakan, namun terbukti sangkar burung dapat mengatasi ketagihan rokok.Ibrahim Yucel, 45 tahun, berasal Turki yang berjaya menghasilkan terapi menghilangkan ketagihan menghisap rokok dengan sangkar burung ciptaannya. Menggunakan alat yang sederhana, dia berusaha untuk berhenti merokok dan menghilangkan ketagihan menghisap rokok.

Ibrahim Yucel sendiri menghisap rokok sejak umur 16 tahun lagi, dan sejak itu dia tidak dapat berhenti.Dipetik dari Medical Daily, Ibrahim Yucel berusaha untuk membuang ketagihan merokok dan mula menjalani terapi tradisional. Disebabkan rasa kecewanya kerana gagal pada terapi tradisional yang diikutinya, dia mendapat idea untuk menghasilkan alat serupa dengan sangkar burung berjeruji rapat agar dapat dipasang di kepalanya.


Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik ini kemudian pergi ke beberapa tempat menjual besi untuk membuat sangkar dari dawai logam. Namun, kepandaiannya itu belum lagi  mampu membantunya. Akhirnya Ibrahim berjaya membentuk sangkar tersebut.

Dengan menutup kepala menggunakan alat seakan sarang burung yang diciptanya itu,Ibrahim dapat memastikan rokok langsung tidak dapat masuk melalui alat seperti sangkar itu. Ibrahim sendiri memberikan kunci tutup kepalanya kepada isterinya, Kawthar dan anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun, Ayse. Cara ini  dilakukan untuk memberhentikan ketagihan merokok.

Apa yang kita pelajari dari Ibrahim ialah tiada perkara yang tidak dapat diselesaikan,apa lagi ketagihan merokok.Ibrahim sendiri telah pun membuktikannnya. 
"Jika inginkan sesuatu diatas muka bumi ini,tiada yang mustahil". ujar Ibrahim
Ibrahim juga mengajar kita bahawa setiap orang memiliki cara unik untuk mencapai impiannya.

Sumber:paradox
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment