8 Tips Untuk Tidak Mengelak Smartphone Cepat Rosak


Sudah tidak asing lagi pada masa sekarang,manusia sudah mula menjadikan telefon pintar sebagai teman atau keperluan asas.Bukan sahaja ketika berehat duduk,malah ketika berlari,makan dan membuang air ditandas pun telefon tetap tidak jauh dari mata dan tangan.

Handphone bukan lagi barang yang mahal untuk dimiliki.Walaupun mereka yang bergaji rendah,mereka mampu memilik handphone sehingga 2 atau 3 biji .Walaupun handphone boleh dibeli dengan harga yang murah dan mampu milik,kita juga harus ada tanggung jawab untuk terus menjaga kualiti handphone agar tidak cepat rosak dan mendatangkan masalah. Berikut adalah 8 tips atau cara untuk anda menjaga smartphone atau handphone anda agar tidak cepat rosak atau bermasalah.

1. Jangan letak atau dedah handphone anda pada tempat yang panas
Jangan diletak di atas TV, di atas PC komputer, di atas tempat panas seumpanya. Panas yang dihasilkan akan ikut mempercepatkan kepanasan yang ditimbulkan dari handphone tersebut, sehingga mempengaruhi keadaan handphone.Handphone yang cepat panas akan cepat rosak.


2. Jangan mengecas bateri handphone anda dalam keadaan handphone hidup atau masih ON
Jangan cas bateri handphone anda dalam keadaan masih aktif, apalagi jika anda mengecas sambil bermain game atau memuat turun apa sahaja fail kedalam handphone anda.. Aliran elektrik pengecas yang mengalir ke bateri akan bertembung dengan aliran pengecas yang masih ada dalam bateri yang masih hidup sehingga menghasilkan kepanasan. Jangan hairan jika banyak handphone yang baru setahun dipakai, baterinya sudah mula membengkak sehingga terpaksa harus membeli bateri yang baru. Panas yang mengalir pada ketika handphone sedang hidup pun boleh mempengaruhi onderdil lain dalam hand phone selain bateri yang boleh membuat handphone cepat rosak. Biasakan mengecas bateri sehingga 100% penuh, barulah hand phone boleh dihidupkan.

3. Bateri tidak boleh dicas terlalu lama, terutama untuk smartphone
Jika sudah bateri dicas penuh, segeralah mencabut plug cas. Terlalu lama ngecas bateri membuat bateri cepat bengkak, kerana aliran cas elektrik dari stop kontak mengalir terus ke dalam bateri sehingga membuat bateri penuh, akibatnya nanti, bateri cepat panas dan membengkak.


4. Handphone yang dalam keadaan hidup jangan diletak didalam poket seluar
Tubuh kita menghasilkan haba yang panas, handphone yang dalam keadaan menyala juga menghasilkan haba panas. Akibat kepanasan yang dihasilkan tersebut saling bertembung, akibatnya handphone bertambah panas dan suhu dalam poket seluar ikut bertambah panasnya, sehingga bukan saja mempengaruhi handphone, malah bahagian tubuh yang berdekatan dengan poket seluar. Jika anda ingin meletakkan handphone didalam poket atau kocek seluar,pastikan handphone anda dimatikan atau OFF.

5. Jangan letak di tempat yang terdedah dengan air
Seperti dalam kocek atau poket seluar, handphone yang diletakkan berdekatan dengan singki atau tab air boleh menyebabkan kerosakan pada handphone anda. Biasanya kaum lelaki lebih gemar dan  suka menyimpan handphone didalam poket seluar.Jika pemilik hand phone mudah atau cepat berpeluh,itu sudah pasti hand phone akan cepat rosak. Bagi kaum perempuan pula,mereka lebih gemar bermain atau membawa handphone mereka masuk kedalam bilik mandi atau meletakkannya berdekatan dengan tab mandi.Percikan air yang terkena pada handphone boleh mendatangkan kerosakan.

6. Jangan terlalu banyak memuatturun aplikasi yang tidak diperlukan
Smartphone sering memerlukan aplikasi seperti aplikasi media sosial ataupun berbagai macam games. Akibatnya handphone akan cepat panas dan mendatangkan kelambatan dalam proses membuka aplikasi.Digalakkan memuat turun aplikasi yang diperlukan sahaja.


7. Jangan sering menggunakan  pengecas yang bukan bersesuaian dengan model handphone
Jangan menggunakan pengecas yang bukan jenis hand phone anda, misalnya ngecas han phone Samsung,tetapi menggunakan pengecas Blackberry. Walaupun port pengecas sama dan boleh bersambung, namun arus daya dan voltage yang berbeza boleh membebani daya tahan handphone tersebut. Sebaiknya ikhtiarkan untuk meminjam pengecas yang bersesuaian atau gunakan Power Bank jika anda kehilangan pengecas asal.

8. Jangan biarkan handphone anda dihempap benda atau barang yang berat 
Hampir kesemua handphone atau smartphone tidak tahan jika dihempap dengan benda keras, kecuali hand phone di zaman batu. Smartphone yang tipis dan licin sangat mudah sekali pecah.

Itulah tips-tips yang biasa diparaktikkan jika ingin smartphone kesayangan kamu bertahan lama dan tetap berkeadaan baik.

Sumber:Arya Janson Medianta Sitepu
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment