Sumpahan Mumia Firaun
Ada satu sumpahan paling terkenal menyelubungi kisah Firaun, iaitu barang siapa yang berani membuka makam atau kuburan firaun di dalam piramida akan meninggal dunia pada waktu itu juga. Sumpahan itu dikatakan paling ngeri sebahagian besar warga Mesir. Namun pada masa yang sama, para pengkaji purba dan para sains menemukan dan masuk ke makam kuno yang dikatakan menyimpan seribu bahaya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Di dalam makam kuno atau yang dikenal sarkafogus, terdapat spora halus tajam yang berbahaya, gas amonia, formalin, juga kandungan radioaktif seperti uranium. Kandungan-kandungan tersebut muncul akibat dari proses mumifikasi yang tertutup didalamnya selama ribuan tahun.
Sumpahan Pasukan Tertoka
Pada tahun 1974 warga Desa Yang di China menemukan artifak paling berharga di dunia iaitu 8000 artifak dari pasukan terakota yang berumur ribuan tahun. Tetapi setelah menemukan artifak berharga tersebut, warga desa mengalami kehidupan yang sengsara. Bukan kerana desa mereka digali untuk penelitian, melainkan tujuh warga yang menemukan jesteru jatuh sakit, ada juga di antara mereka mengalami kelaparan, hingga bunuh diri.
Tragedi tersebut membuat masyarakat percaya adanya sumpahan pada artefak pasukan Terakota. Namun baru-baru ini, segala kajian menjawab bahawa kawasan terbabit mengandungi banyak merkuri yang mengkontaminasi air, tanah, dan makanan penduduk setempat. Merkuri tersebut akhirnya meracuni mereka dan membuat tahap kesihatan mereka menurun dan jatuh sakit.
Garisan Mary King
Tetapi kajian membuktikan, jelmaan hantu tersebut sebenarnya diakibatkan oleh kebocoran-kebocoran gas beracun pada garisan itu. Garisan itu juga mengakibatkan kelembapan pada garisan yang membuat pantulan cahaya. Gas beracun dan kelembapan itulah yang menyebabkan mata manusia kerap terpengaruh dan akhirnya merasa menyangka yang mereka melihat hantu.
Sumber:LaporanSains6
0 Komen:
Post a Comment