Tips Mengekalkan Kemeja Agar Tetap Putih


Ada sesiapa yang tidak memiliki kemeja putih,walaupun sehelai? Kemeja merupakan salah satu barangan atau baju yang wajib dan harus dimiliki oleh setiap lelaki mahupun wanita. Selain itu, kemeja putih juga dapat dikenakan untuk berbagai cara, baik formal mahupun informal. Perkara ini membuatkan kemeja putih menjadi pakaian yang sering masuk ke dalam mesin cuci Anda. Kesannya, ramai yang gagal membersihkannya dengan cara berkesan dan betul serta merosakkan kemeja putih.

Namun, menjaga kemeja milik Anda supaya tetap seperti warna asalnya bukanlah sesuatu yang mudah. Penyebab utama kemeja putih berubah warna menjadi kekuningan atau keabu-abuan adalah disebabkan cara mencucinya. Menurut wikihow.com,berikut langkah-langkah tepat untuk menjaga keadaan kemeja putih agar tetap sama seperti waktu mula anda membelinya.

Pisahkan kemeja putih dengan pakaian lain yang berwarna
Menggabungkan kemeja putih dengan pakaian berwarna akan menyebabkan proses pemindahan warna. Meskipun tidak luntur, kemeja putih akan berubah menjadi lebih gelap ketika dicuci bersama dengan pakaian yang lebih berwarna gelap.

Pisahkan sesama kemeja putih sesuai dengan bahan
Jenis bahan kemeja putih Anda juga perlu dipertimbangkan ketika Anda mencucinya. Kemeja putih dengan bahan acetates dan acrylics dapat dicuci dan dicampur bersama, demikian pula dengan bahan linen dan katun. Sedangkan kemeja putih berbahan wool dan bahan lain yang lebih halus sebaiknya dicuci terpisah dengan tangan.

Bersihkan habuk korotan terlebih dahulu
Jika terdapat habuk atau kotoran pada kemeja putih Anda, sebaiknya bersihkan dahulu sebelum kemeja dicuci. Perkara ini akan memastikan bahawa kotoran tersebut sudah hilang sebelum proses pencucian. Gunakan detergen khusus pakaian putih yang dijual di pasaran, terutama yang mengandung enzyme atau oxygen bleach. Anda juga dapat menggunakan bahan-bahan lain seperti pencuci pinggan mangkuk atau syampu yang boleh menggalkan kotoran.Anda juga digalakkan menggunakan deterjen biasa pada kotoran kecil sambil menggosokkannya secara perlahan dengan menggunakan berus gigi. Pastikan Anda membaca label pakaian Anda sebelum menghilangkan kotoran.

Setelah kotoran dibersihkan, rendam kemeja putih Anda dalam air panas. Hal ini akan membantu memecahkan komponen kotoran pada kemeja tersebut. Jika kotoran masih ada atau degil untuk hilang, ulangi langkah pertama. Jangan biarkan kemeja Anda kering sebelum kotoran benar-benar hilang.

Sumber:wikihow
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment