Ibu Kejam Memukul Anak Angkat Dicaci Masyarakat

Dipukul dengan kejam.Shi berusia 10 tahun dipukul kejam oleh ibu angkatnya Li Zhenggin


Seorang ibu di China, Li Zhenggin, didapati bersalah kerana memukul anak angkatya, Shi yang baru berusia 10 tahun. Seperti yang dilaporkan theepochtimes.com,Li Zhengqin disabitkan kesalahan kerana  menyerang Shi dengan memukulnya dengan kejam.

Shi dijadikan anak angkat 10 tahun yang lalu,pada September 2006. Zhang, Ibu kandung Shi, berharap anaknya mendapat pendidikan yang lebih baik. Akan tetapi hakikatnya Shi langsung tidak disayangi ibu angkatnya.

Kekejaman Li Zhenggin semakin menjadi jadi apabila guru sekolah Shi memviralkan gambar kesan luka mengerikan di tubuh Shi di internet dan media social. Tidak lama kemudian, Li ditangkap polis dan dipenjara.Li memberitahu kepada polis tempatan bahawa,dia bukan sengaja untuk memukul Shi.Shi dikatakan nakal dan tidak mahu membuat kerja sekolah seperti yang diarahkan gurunya.Selain itu dia berkata Shi kerap berbohong padanya.

Sepanjang berada di dalam penjara, Li merungut kerana harus bekerja selama lebih dari 10 jam dan mencuci 2.000 potong pakaian dalam sehari. Ia juga merasa tidak selesa dikurung sebilik dengan penagih dadah dan pencuri.Keluhan itu ditulis dan diviralkan di media sosial Weibo oleh Li.

Orang awam yang melihat keluhan Li di media sosial itu masih tidak berpuas hati.Malah Li dicaci keras oleh orang awam. "Kamu tidak pernah mengeluarkan kata kesal atau meminta maaf.Kamu hanya tahu merungut betapa siksanya berada didalam penjara.Itu sahaja yang kamu tahu.Ternyata kamu seorang yang lemah.Bagaimana pula kamu boleh mendapat kekuatan untuk mendera dan memukul anak angkat kamu sehingga begitu kejam ?" cela seorang orang awam yang bernama Yun Cyan dari Wilayah Nanjing.

Selain itu ada juga komen komen lain yang mencaci Li, "Kau seorang yang kejam,sanggup memukul budak kecil dan memperlakukan dia seperti haiwan walaupun dia anak angkat.Kau sama sahaja seperti pencuri dan penagih dadah yang duduk sebilik dengan kau dipenjara " Komen salah seorang pengguna laman sosial benama Shanxi 660 dari Beijing.

Sumber:Christyana Caroline
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment