Sebelum mengeluarkan album sulung yang dikenal dengan judul Seberkas Sinar, sebenarnya Nike Ardilla sudah pun menandatangani perjanjian dan membuat rakaman dengan major label JK Record yang berjaya mempopularkan artis-artis hits 80-an seperti Dian Pisesa dan Meriem Belina di Indonesia.
Nike Ardilla ketika itu masih lagi berusia 12 tahun, namun produser JK Record, Judi Kristianto yakin bahawa Nike adalah aset besar dalam perniagaannya. Maka Nike Ardilla menandatangani perjanjian untuk merakam beberapa buah lagu.Nike Ardilla ketika itu hanya dinobatkan sebagai artis biasa-biasa.
Setiap kali mengadakan konsert, Nike Ardilla sering menangis dan mengadu pada Judi. Judi yang hadir dalam program Friday Talk Liputan 6 itu bercakap mengenai kesedihan dan kepayahan yang dialamai Nike. Bukan sahaja penonton yang hadir,malah penyanyi senior lainnya juga sering menyakitkan hati Nike Ardilla ketika berada dibelakang pentas.
Tuhan maha adil. Waktu terus berlalu, Nike Ardilla berubah menjadi bintang besar di negaranya. Bahkan nama Nike Ardila lebih popular dan menjadi sebutan ramai dibanding artis senior yang pernah membulinya dahulu. Nike Ardilla membuktikan, dialah seniman dan bintang yang berbakat. Nama Nike Ardilla menjadi sebutan sehingga kini dan dilabelkan sebagai legenda walaupun sudah 21 tahun kematian beliau. Nike mempunyai karisma yang tidak mungkin akan ditandingi oleh artis lainnya.
Seperti yang dikatakan Judi Kristianto, seorang produser yang ketika itu pernah menenangkan hati Nike ketika Nike menangis. Mengapa album sulung itu tidak pernah diedarkan dan dijual ketika Nike masih hidup?
Sumber : Ryan Wierdayanto
0 Komen:
Post a Comment