5 Ayat Ini Boleh Membuatkan Anda Terjerat Dengan Bebanan Hutang


Laporan yang dikeluarkan Pew Charitable menyatakan masih ramai penduduk dunia yang terbelit dan terjerat dengan masalah hutang.

Hutang merupakan satu masalah kewangan yang sangat serius dan boleh menggangu kehidupan seharian kita. Salah satu perkara yang belum banyak diketahui orang banyak adalah hutang ini adalah hasil daripada persepsi kepercayaan anda dengan hari-hari anda.

Berikut adalah 5 ulasan dari Business Insider tentang ayat yang boleh membuatkan anda terjebak dengan hutang dan anda harus menghindarinya.

1. “Saya tidak tahu apa-apa tentang wang”
Masih banyak negara yang menduduki peringkat bawah didalam hal pengetahuan tentang kewangan. Masih ramai orang yang belum benar-benar paham akan keputusan kewangan dan perbelanjaan yang mereka lakukan setiap hari.

Untuk itu, pengetahuan tentang kewangan ini sebaiknya langsung orang tua haruslah mengingatkan kepada anak-anak mereka tentang wang.Ini kerana orang yang lebih tua lebih arif mengawal wang untuk perbelanjaan.

Pengetahuan yang diajarkan dapat memupuk nilai berjimat cermat dikalangan anak-anak muda.

2. “Saya tidak tahu cara mengawal kewangan”
Jika sering kehabisan wang sebelum tiba waktu gaji, ini bererti anda berkemungkinan besar mengalami masalah mengawal wang keluar masuk.

Menghadapi persoalan itu tentu sahaja menyebabkan fikiran kita kusut, bahkan kita tak boleh menemukan cara untuk mengatasinya.

Barangkali, sebahagian dari kita sudah mencuba bergaya hidup sederhana, akan tetapi mengawal kewangan masih lagi belum cukup membantu diri sendiri untuk sekadar mencukupkan keperluan sehari-hari.

3. “Saya akan dapat wang banyak karana saya seorang yang bekerja keras”
Pemikiran umum ini banyak bermain difikiran dan mulut masyarakat kini. Ramai orang yang bekerja begitu keras hanya untuk mengumpulkan wang didalam kehidupannya.

Walhal, karier atau kerja yang baik bukanlah boleh menjanjikan kewangan yang kukuh. Pengalaman dan ilmu yang Anda dapat selama bekerja merupakan salah satu aset atau nilai yang berharga.

4. “Saya beli barang yang ada potongan harga atau diskaun”
Ketika musim diskaun hadir di pasar raya besar mahupun gedung membeli belah, segenap penggemar shopping berbelanja menyambutnya dengan bersuka ria tanpa berfikir panjang. Ini kerana, pada dasarnya semua orang, baik perempuan atau lelaki, mereka lebih sukakan potongan harga Akan tetapi ramai orang yang terkadang tidak dapat mengawal diri ketika membeli barangan yang mempunyai tag "DISKAUN" atau POTONGAN HARGA.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan bertanya kepada diri sendiri
"Adakah barangan yang aku beli ini adalah barangan yang perlu?"

Meskipun ramai yang sukakan potongan harga pada barangan,namun digalakkan tidak usahlah membeli jika ia bukan barangan keperluan.

5. “Kalau saya ada wang yang banyak, pasti semuanya akan lebih mudah”
Tidak semua hal dapat terselesaikan dengan mudah hanya kerana memiliki wang yang banyak. Anda harus mengetahui bahawa wang bukanlah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ada hal lain yang harus dipertimbangkan, salah satunya adalah bagaimana Anda bertanggung jawab dengan setiap tingkah laku anda berkaitan dengan kewangan.

Sumber:Business Insider
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment