Jonathan Abrams Pengasas kepada laman sesawang Friendster yang pernah popular di era 2000 |
Pengasas Friendster adalah seorang programmer yang bernama Jonathan Abrams. Maklumat yang didapati dari kumpulan Tekno Liputan6.com dari profil peribadi Abrams laman sosial profesional LinkedIn, sebelum mendirikan Friendster,Jonathan Abrams merupakan seorang lulusan Ilmu Komputer dari McMaster University pada 1990-1995.
Setelah lulus, lelaki yang memiliki sifat keprihatinan pada dunia kanak-kanak, pendidikan, dan aksi sosial ini kemudian bekerja sebagai senior software engineer untuk Netscape selama dua tahun.
Kemudian, kurang setahun, Jonathan Abrams bekerja di Bitfone yang berpengkalan di Palo Alto. Pada perniagaan tersebut, dia memegang jawatan sebagai senior director of engineering.
Di bawah kepemimpinannya sebagai CEO Friendster,jaringan sosial hasil pembikinannya itu berjaya di setiap penjuru dunia, termasuk di Asia Tenggara dan Malaysia. Dikhabarkan, jumlah penggunanya pada 2008 melebihi 115 juta akaun.
Meskipun begitu, menurut maklumat dari laman sesawang Tech Crunch, Friendster tetap mendapatkan pelaburan dana dari Kleiner, Perkins, Caufield & Byers serta BenchMark Capital dengan nilai US$ 53 juta atau bersamaan dengan MYR 221 Juta
Sayangnya, disebabkan tidak dapat bersaing dengan Facebook, pada tahun 2006 Friendster mulai goyah dan tutup pada 2011.
Seterusnya, Abrams menjadi pemilik Slide Nightclub sejak 2006 sehingga sekarang. Tidak hanya itu, Abrams juga sempat menjadi Advisor di perusahaan bernama AngelList hingga kini.
Bagi melanjutkan kejayaannya di bidang teknologi, ia pun mendirikan jejaring sosial Nuzzel sekaligus menjadi CEO pada 2012 hingga saat ini.
Sumber:LinkedIn
0 Komen:
Post a Comment