MISTERI Kematian Tragis Kanak-Kanak Kembar Lemas Didalam Akuarium


Polis masih menyiasat kematian tragis kanak kanak kembar yang tenggelam dalam tangki ikan besar didalam rumah mereka. Rhy dan Shaun Scoot, masing-masing berusia dua tahun, dijumpai mati tenggelam dalam tangki besar di rumah keluarga mereka di Dalgety Bay, Scotland.

Keduanya kemudian disahkan meninggal di hospital. Pihak Hospital telah menerima laporan dari polis dan mengatakan keluarga anak tersebut diminta untuk memberi keterangan tentang kejadian.

"Ini kematian tragis yang pernah terjadi di daerah kami," ujar jurucakap polis setempat, seperti yang dilaporkan dari laman Mirror pada Rabu 16 Mac 2016.

Keluarga itu dimaklumkan telah menyewa rumah dari seorang lelaki yang sebelum ini menjalankan perniagaan menjual ikan untuk perhiasan. Namun, mereka tidak memindahkan tangki akuarium yang digunakan pemilik sebelumnya.

Tangki akuarium itulah yang membuatkan kedua kanak kanak lelaki kembar itu lemas dan meninggal. Dikatakan, kedua ibu bapa kanak kanak lelaki kembar itu leka dan sedang melakukan aktiviti mengemas rumah sehinggakan tidak menyedari kedua anak mereka masuk ke dalam tangki akuarium yang penuh berisi air.

Sumber:Mirror
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment