Remaja Dipaksa Berkahwin Dengan Unta



Yaman-Satu pengadilan di Yaman baru-baru ini telah memerintahkan seorang remaja berusia 21 tahun yang ditangkap melakukan aktiviti seks dengan seekor unta dipaksa menikahi haiwan tersebut.

Menurut worldnewsdailyreport.com,seorang remaja yang dirahsiakan namanya itu mengakui telah berulang kali melakukan hubungan intim dengan haiwan selama dua tahun. Ia merasa tak boleh mengawal dirinya untuk melakukan hubungan seksual dengan haiwan terbabit. Namun, kini dia mengakui kejahatannya secara terbuka kepada orang awam, setelah seekor unta melahirkan anak dan remaja ini dipercaya dia adalah ayah kepada anak unta tersebut.

"Meskipun kami tidak percaya dia adalah ayah dari anak unta tersebut. Untuk menghukumnya, kami memutuskan untuk meminta anak muda itu menikah dengan unta," kata jurucakap desa, Mohammed Mulak.

Akhirnya pemuda itu pun terpaksa menerima hukuman yang telah memalukan diri dan keluarganya. Namun, anggota keluarga menjelaskan bahawa pemuda itu menerima keputusan dengan reda.

"Dia sangat malu dengan perbuatan yang salah itu, tapi ia sangat lega kerana ia bukan ayah dari anak anak unta itu. Dia berkata belum bersedia untuk semua itu," kata ibu remaja itu kepada wartawan tempatan

Ketua desa setempat mengakui bahawa anak muda ini telah dirasuk roh jahat dan pernikahan dengan haiwan tersebut bertujuan untuk mencegah kejadian buruk yang bakal terjadi pada remaja itu.

"Perkara ini perlu diambil iktibar untuk membersihkan anak muda di Yaman ini dari tindakan jahat dan tidak bermoral itu," tambahnya.

Sumber:worldnewsdailyreport.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment