Beg Tangan Wanita Unik Diperbuat Dari Kondom

Beg unik yang diperbuat dari kondom.Photo dari Mags

New York-Seiring dengan kemajuan teknologi dan maklumat, kaum wanita semakin terbuka minda tentang seksualiti mereka. Topik tentang seks tidak lagi menjadi rahsia seperti di masa lalu. Walaupun sudah banyak kemajuan yang dikecapi, masalah sosial yang berkait rapat tentang keberanian wanita tidak hilang begitu saja.

Menurut Your Tango pada 15 Mac 2016, terlalu penting bagi kaum wanita untuk mengetahui bahawa mereka memiliki penampilan diri dan membuat keputusan tentang tubuhnya sendiri, termasuk perlindungan diri ketika melakukan hubungan seks.

Untuk meningkatkan kesadaran penggunaan kondom, Bags by Mags menganjurkan kempen “I’m Covered” dengam maksud “Saya Dilindungi”—untuk mengajak kaum wanita dengan bangga menunjukkan tanggungajawab sekaligus menghormati tubuh mereka sendiri.

Maggie Kervick berkerjasama dengan LifeSytles untuk mencipta beg wanita bahan vinyl yang menyerupai pembungkus kondom SKYN.

“Dalam masyarakat masa kini, jika seseorang membawa kondom, maka dia dipandang sudah bersiap. Tapi jika seorang wanita membawa kondom, dia malah dipandang sebagai ‘wanita nakal’. “ kata Maggie Kervick

Dia berkata lagi“Saya mahu agar beg ini meruntuhkan stereotip tersebut kerana tidak ada seorang pun yang kebal dari risiko tidak memakai kondom.”

Pembelian setiap tas disertai dengan sejumlah contoh kondom Lifestyles.

Sumber:NY Health
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment