Anjing Pintar Di Florida Pandai Memasak

Anjing Pintar Di Florida Pandai Memasak

Anjing telah lama dikenal sebagai haiwan yang pintar dan cergas. Namun mampukah tahap kepintaran anjing-anjing ini boleh melampaui tahap kepintaran anjing-anjing biasa? Anjing bernama Max dan Ruby merupakan dua ekor anjing pudel berwarna coklat kemerahan.

Tinggal di Tampa, Florida, pelatih mereka(nama dirahsiakan)berjaya emndidik dan melatih kedua-dua ekor anjing ini hingga mampu dan pandai menunggang motosikal jenis skuter, bermain ayunan di taman, serta pandai memasak sarapan yang berjenis sederhana.

Pelatih mereka mengatakan mereka menggunakan model latihan sukarela dan latihan positif yang biasa. Ini bermakna kedua-dua ekor anjing ini dilatih ketika waktu lapang sahaja.Bukan setiap jam atau waktu.Kedua-dua anjing ini Max dan Ruby tidak pernah dipaksa untuk berlatih.

Dan siapa sangka, kedua dua anjing ini juga pernah menjadi sukarelawan di beberapa pusat jagaan orang-orang tua. Max dan Ruby menghabiskan sekitar 40 jam seminggu di pusat jagaan orang tua untuk membantu orang tua di sana berdiri dari tempat tidur dan berjalan.

Anjing Pintar Di Florida Pandai Memasak

Mereka juga menghabiskan waktu bersama kanak-kanak di hospital untuk menghiburkan mereka dan bermain bersama. Menurut pelatih, kanak-kanak sangat suka membaca sambil ditemani anjing.Max dan Ruby juga hadir ke sekolah-sekolah untuk meningkatkan latihan kecekapan membaca.

"Max dan Ruby disayangi oleh orang-orang disekitarnya.Orang-orang tua di pusat jagaan begitu teruja ketika kami datang berkunjung bersama dua ekor anjing kesayangan kami" kata si pelatih kedua anjing itu.

Anjing Pintar Di Florida Pandai Memasak

"Saat kami meninggalkan kanak-kanak di hospital, mereka selalu berteriak dan menangis. Mereka seperti tidak ingin berjauhan dan berpisah dengan Max dan Ruby."

Tidak mudah untuk mengambil foto yang menarik ketika kedua anjing itu tengah berposing. Namun, pelatih kedua anjing ini mengaku sangat suka dan teruja untuk melakukannya.

"Kami ingin terus tersenyum bersama kedua-kedua anjing ini walau dimana kami berada"

Sumber:Citizen6
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Komen:

Post a Comment